Pada tahun 628 Masihi,orang Islam Madinah
telah mengambil keputusan untuk mengadakan ziarah ke Makkah.Namun,disekat oleh
orang Arab Quraisy yang merasakan maruah mereka tercabar.Perjanjian Hudaibiyah
ditandatangani pada tahun 628 M. bersamaan 6H.Antara pihak Islam dengan orang
Arab Quraisy.Nabi Muhammad s.a.w. (Islam) dengan Suhail bin Amru (Quraisy).
Rombongan orang Islam Madinag telah
disekat oleh orang Arab Quraisy di Hudaibiyah.Orang Arab Quraisy merasakan
maruah mereka tercabar.Bimbang dengan kekuatan orang Islam.Nabi Muhammad s.a.w.
menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan.Menerangkan tujuan kedatangan orang
Islam Madinah ke Makkah.Orang Arab Quraisy Makkah tidak menghiraukan hasrat
orang Islam itu.Orang Islam mendengar khabar angin menyatakan Uthman bin Affan
sebagai utusan.Mereka telah berikrar dan bersumpah taat setia yang dikenali
sebagai “Baiah al-Ridwan” untuk membela kematian Uthman bin Affan.Orang Arab Quraisy
bimbang dengan kata sepakat orang Islam.Mereka menghantar Suhail bin Amru untuk
mengadakan rundingan.Termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad
s.a.w. dengan Suhail bin Amru.
Bersetuju untuk mengadakan gencatan
senjata selama 10 tahun.Kabilah Arab lain bebas memihak sama ada kepada orang
Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.Orang Islam Madinah yang memihak ke
Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.Orang Islam Makkah
yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan
semula.Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya,iaitu 7
Hijrah.
Membolehkan orang Islam memasuki kota
Makkah dan menunaikan haji pada tahun berikutnya,iaitu tahun 629M.Orang Islam
bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.Tempoh perdamaian digunakan oleh
Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusun program dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah
Arab tanpa sebarang gangguan.Bilangan penganut Islam meningkat berlipat kali
ganda.Melalui perjanjian ini,ramai tokoh Arab Quraisy memeluk Islam.Seperti
Khalid al-Walid,Amru bin al- As,dan Uthman bin Talhah.Perjanjian Hudaibiyah
menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kewujudan kerajaan Islam
Madinah.Sebelum ini,mereka langsung tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam
malah mencari jalan menentang Islam.Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai pemimpin yang unggul.Baginda mengkaji secara menyeluruh,terperinci,dan
berwawasan.Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis kea rah pembukaan semula kota
Makkah pada tahu 630 Masihi.Apabila orang Arab Quraisy melanggar isi perjanjian
pertama,iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.Nabi Muhammad s.a.w. bertindak
tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah.
Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian
Hudaibiyah.Mereka tidak menghormati hak kebebasan yang tidak dipersetujui.Pihak
Arab Quraisy melanggar syarat perjanjian gencatan senjata.Memberi bantuan
ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.Mereka
membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak dengan Islam.Strategi
jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.Kedudukan kerajaan Islam di
Madinah menjadi mantap.Jika Makkah dikuasai,kedudukan kerajaan Islam akan
menjadi mantap.
Menyediakan empat pasukan tentera.Taktik
serangan melalui empat arah berlainan,iaitu utara,selatan,barat,dan barat
daya.Mengepung orang Arab Quraisy dengan rapi.Menyediakan tentera seramai 10000
orang.Menanam semangat ketakwaan.Memupuk keyakinan tentera Islam.Mengumumkan
kata-kata pengampunan kepada tawanan.Memberikan jaminan keselamatan kepada
mereka yang terkepung.Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas menyebabkan orang
Arab Quraisy turat memeluk Islam.Kepimpinan dan kepahlawanan Khalid
al-Walid,Abu Ubaidah al-Jarrah,Saad Ubadah,Zubair al-Awwam.
Kaabah terpelihara daripada unsure-unsur
Jahiliah.Penyembahan berhala dihapuskan dan digantikan dengan Islam.Masyarakat
Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.Kota Makkah dijadikan kota suci
umat Islam.Menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan
ibadat.Membuktikan Madinah kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.Membuka
jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.Dakwah Islam tersebar secara
aman.Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat.Makkah dijadikan sebuah
wilayah Islam.Sifat pemaaf baginda menjadi kunci kejayaan penyebaran
Islam.Baginda bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah.Baginda
berpidato dengan menekankan kepentingan perpaduan kepada umat Islam.
Bijaksana dalam membuat
keputusan.Hormat-menghormati.Sabar/tidak putus asa.Berfikiran strategik.Berhemah
dalam tindakan.Amanah/jujur dalam tanggungjawab.Suka
membantu/tolong-menolong/sentiasa bekerjasama.Berwawasan.Mengamalkan sifat
kepimpinan cemerlang.Mengamalkan musyawarah.Bertoleransi.Mementingkan
keamanan.Mmeupuk perpaduan kaum.Bersifat pemaaf.Menekankan kemurnian akhlak.
Berkongsi kuasa dalam politik.Kewujudan
parti politik gabingan pelbagai kaum seperti Barisan nasional.Kemakmuran
ekonomi dikongsi bersama.Dasar Ekonomi Baru yang memberi manfaat kepada semua
kaum.Pembinaan sekolah wawasan.Pembinaan sekolah wawasan.Pengenalan Dasar
Pembangunan Nasional.Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar
Pendidikan Kebangsaan.Amalan murni masyarakat seperti masyarakat prihatin dan
penyayang tanpa mengira kaum dan agama.Pemberian bantuan kerajaan seperti BR1M
dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada seluruh rakyat tanpa mengira
bangsan dan agama.Pengiktirafan terhadap kejayaan negara daripada pertubuhan
antarabangsa seperti PBB dan OIC.
Mengorbankan nyawa.Merosakkan harta
benda.Meruntuhkan ekonomi.Membawa kesengsaraan hidup.Penderitaan fizikal dan
mental.Membantutkan pendidikan.Menggugat keamanan.Memusnahkan alam sekitar.Menjejaskan
kestabilan negara.Memusnahkan kediaman.
Cinta akan negara.Mengamalkan
prinsip-prinsip Rukun Negara.Taat kepada pemimpin.Jati diri yang kuat.Mencintai
bahasa kebangsaan.Kepatuhan kepada undang-undang.Berpegang teguh kepada
agama.Berfikiran terbuka.Bersemangat kekitaan.Bersikap kepemimpinan
cemerlang.Memelihara kestabilan negara.Kesetiaan kepada negara.Berbaik dengan
semua pihak.Mengekalkan keamanan.Sanggup menerima perubahan untuk kebaikan.
Islam menganjurkan perdamaian dan kata
sepakat.Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad
s.a.w.sebagai pemimpin unggul dan dikagumi.Sikap tidak pernah menyerah kalah
untuk meneruskan perjuangan harus ditanam dalam jiwa setiap warganegara
Malaysia.Kita hendaklah mengelakkan peperangan dan mementingkan keharmonian dan
keamanan.Sebagai warganegara Malaysia,kita haruslah berbaik sangka dengan kaum
lain dan berusaha mengekalkan perpaduan demi kemajuan negara.