2013年7月26日星期五

Sejarah 2

        Pada tahun 628 Masihi,orang Islam Madinah telah mengambil keputusan untuk mengadakan ziarah ke Makkah.Namun,disekat oleh orang Arab Quraisy yang merasakan maruah mereka tercabar.Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun 628 M. bersamaan 6H.Antara pihak Islam dengan orang Arab Quraisy.Nabi Muhammad s.a.w. (Islam) dengan Suhail bin Amru (Quraisy).

      Rombongan orang Islam Madinag telah disekat oleh orang Arab Quraisy di Hudaibiyah.Orang Arab Quraisy merasakan maruah mereka tercabar.Bimbang dengan kekuatan orang Islam.Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan.Menerangkan tujuan kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah.Orang Arab Quraisy Makkah tidak menghiraukan hasrat orang Islam itu.Orang Islam mendengar khabar angin menyatakan Uthman bin Affan sebagai utusan.Mereka telah berikrar dan bersumpah taat setia yang dikenali sebagai “Baiah al-Ridwan” untuk membela kematian Uthman bin Affan.Orang Arab Quraisy bimbang dengan kata sepakat orang Islam.Mereka menghantar Suhail bin Amru untuk mengadakan rundingan.Termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Suhail bin Amru.

      Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.Kabilah Arab lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya,iaitu 7 Hijrah.

      Membolehkan orang Islam memasuki kota Makkah dan menunaikan haji pada tahun berikutnya,iaitu tahun 629M.Orang Islam bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.Tempoh perdamaian digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusun program dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab tanpa sebarang gangguan.Bilangan penganut Islam meningkat berlipat kali ganda.Melalui perjanjian ini,ramai tokoh Arab Quraisy memeluk Islam.Seperti Khalid al-Walid,Amru bin al- As,dan Uthman bin Talhah.Perjanjian Hudaibiyah menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kewujudan kerajaan Islam Madinah.Sebelum ini,mereka langsung tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam malah mencari jalan menentang Islam.Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul.Baginda mengkaji secara menyeluruh,terperinci,dan berwawasan.Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis kea rah pembukaan semula kota Makkah pada tahu 630 Masihi.Apabila orang Arab Quraisy melanggar isi perjanjian pertama,iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.Nabi Muhammad s.a.w. bertindak tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah.

      Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.Mereka tidak menghormati hak kebebasan yang tidak dipersetujui.Pihak Arab Quraisy melanggar syarat perjanjian gencatan senjata.Memberi bantuan ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak dengan Islam.Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.Kedudukan kerajaan Islam di Madinah menjadi mantap.Jika Makkah dikuasai,kedudukan kerajaan Islam akan menjadi mantap.

      Menyediakan empat pasukan tentera.Taktik serangan melalui empat arah berlainan,iaitu utara,selatan,barat,dan barat daya.Mengepung orang Arab Quraisy dengan rapi.Menyediakan tentera seramai 10000 orang.Menanam semangat ketakwaan.Memupuk keyakinan tentera Islam.Mengumumkan kata-kata pengampunan kepada tawanan.Memberikan jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy turat memeluk Islam.Kepimpinan dan kepahlawanan Khalid al-Walid,Abu Ubaidah al-Jarrah,Saad Ubadah,Zubair al-Awwam.

      Kaabah terpelihara daripada unsure-unsur Jahiliah.Penyembahan berhala dihapuskan dan digantikan dengan Islam.Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam.Menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat.Membuktikan Madinah kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.Membuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.Dakwah Islam tersebar secara aman.Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat.Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam.Sifat pemaaf baginda menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.Baginda bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah.Baginda berpidato dengan menekankan kepentingan perpaduan kepada umat Islam.

      Bijaksana dalam membuat keputusan.Hormat-menghormati.Sabar/tidak putus asa.Berfikiran strategik.Berhemah dalam tindakan.Amanah/jujur dalam tanggungjawab.Suka membantu/tolong-menolong/sentiasa bekerjasama.Berwawasan.Mengamalkan sifat kepimpinan cemerlang.Mengamalkan musyawarah.Bertoleransi.Mementingkan keamanan.Mmeupuk perpaduan kaum.Bersifat pemaaf.Menekankan kemurnian akhlak.

      Berkongsi kuasa dalam politik.Kewujudan parti politik gabingan pelbagai kaum seperti Barisan nasional.Kemakmuran ekonomi dikongsi bersama.Dasar Ekonomi Baru yang memberi manfaat kepada semua kaum.Pembinaan sekolah wawasan.Pembinaan sekolah wawasan.Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional.Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Amalan murni masyarakat seperti masyarakat prihatin dan penyayang tanpa mengira kaum dan agama.Pemberian bantuan kerajaan seperti BR1M dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsan dan agama.Pengiktirafan terhadap kejayaan negara daripada pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan OIC.

      Mengorbankan nyawa.Merosakkan harta benda.Meruntuhkan ekonomi.Membawa kesengsaraan hidup.Penderitaan fizikal dan mental.Membantutkan pendidikan.Menggugat keamanan.Memusnahkan alam sekitar.Menjejaskan kestabilan negara.Memusnahkan kediaman.
   
      Cinta akan negara.Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.Taat kepada pemimpin.Jati diri yang kuat.Mencintai bahasa kebangsaan.Kepatuhan kepada undang-undang.Berpegang teguh kepada agama.Berfikiran terbuka.Bersemangat kekitaan.Bersikap kepemimpinan cemerlang.Memelihara kestabilan negara.Kesetiaan kepada negara.Berbaik dengan semua pihak.Mengekalkan keamanan.Sanggup menerima perubahan untuk kebaikan.

      Islam menganjurkan perdamaian dan kata sepakat.Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin unggul dan dikagumi.Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan harus ditanam dalam jiwa setiap warganegara Malaysia.Kita hendaklah mengelakkan peperangan dan mementingkan keharmonian dan keamanan.Sebagai warganegara Malaysia,kita haruslah berbaik sangka dengan kaum lain dan berusaha mengekalkan perpaduan demi kemajuan negara.

没有评论:

发表评论