Kemasukan tenaga buruh asing ke Tanah Melayu
Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan di Asia Tenggara.Mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan.British membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja.Buruh dari India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah.Tenaga buruh dari China bekerja di lombong bijih timah.Faktor kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu.Faktor yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing adalah galakan kerajaan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India.
Cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu ialah sistem tiket kredit.Bakal imigran dikumpulkan dari kampung oleh keh-thau.Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran.Imigran bari dikenali siri kheh.Diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran.Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis.Jawatan Pegawai Pelindung Buruh dari China diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.Selain itu,melalui sistem pengambilan kakitangan.Majikan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.Tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.Pegawai bertanggungjawab mengiringi burh sehingga sampai di tempat majikan.Seterusnay,melalui sistem pengambulan rumah kongsi.Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh rumah kongsi.Pegawai membiayai perbelanjaan sehingga sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.Tambahan pula,kemasukan imigran China di Sarawak.Bermula setelah persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu,iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.Seramai 570 orang imigran Foochow dibawa masuk ke Sarawwah untuk mengusahakan pertanian gambir dan lada hitam.
Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu ialah sistem buruh bebas.Buruh datang sendiri dengan biayaan masing-masing.Kedatangan diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu.Di Tanah Melayu,mereka bebas mimilih tempat dan pekerjaan.Selain itu,melalui sistem kontrak.Majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu.Sebagai balasan,buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu.Bayaran minimum,antara 9 hingga 13 sen sehari.Berlaku penindasan terhadap buruh.Digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-undang Tabung Imigresen India.Seterusnya melalui sistem kangani.Kangani bermaksud ketua,tandil atau mundur.Kangani diberi kepercayaan majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.Kangani diberi wang pendahuluan buruh sehingga tiba di Tanah Melayu.Kangani seperti pengurus agensi membawa masuk pekerja asing.
Kesan kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.Antaranya termasuklah,pembentukan masyarakat berbilang kaum,penghijrahan buruh asing meningkatkan jumlah imigran dari China dan India,menyebabkan perbezaan lokasi petempatan,jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.Orang Melayu bertani tinggal di kawasan luar bandar.Orang India menjadi penoreh getah tinggal di kawasan estet.Orang Cina berniaga dan bekerja lombong tinggai di kawasa bandar.Bahasa pertuturan yang digunakan dan kerangka kehidupan sosial berbeza.Selain itu,sistem pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar.Sistem vernakular Melyu merupakan pendidikan tertumpu kepada aspek membaca dan memahami al-Quran,mempelajari bahasa Arab,dan hukum-hukum agama.Sistem vernakular Tamil,iaitu sistem pendidikan masyarakat India.Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar.Dibiayai oleh pengurus ladang di kawasan ladang.Sistem vernakular Cina,iaitu sistem pendidikan masyarakat Cina.Dibiayai oleh saudagar Cina.Dialek digunakan sebagai bahasa perantaraan.Guru,buku,dan sukatan pelajaran dari China.Enakmen Pendaftaran Sekolah (1920) diwartakan.Pendidikan vernakular Inggeris diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.
Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum.Bagi mengekalkan keharmonian negara Malaysia,hotmat-menghormati antara satu sama lain,kunjung-mengunjungi semasa perayaan,membantu jiran dalam kecemasan ataupun semasa diperlukan,bersopan santun dan berbudi bahasa semasa bertutur,dan tidak mengejek atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.Selain itu,mengadakan rumah terbuka semasa perayaan,mencintai keamanan dan keharmonian,memelihara perpaduan,amanah dalam perhubungan,tidak menghasut sehingga menimbulkan pertelingkahan,dan tidak membincangkan hal-hal sensitif.Di samping itu,mematuhi peraturan dan undang-undang negara,menyertai program sempena hari kemerdekaan,menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,dan menanam sifat cintai bangsa Malaysia sejak kecil.Tambahan pula,mengibarkan bendera semasa hari merdeka,menyokong semua program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan tidak terbabit dalam jenayah.
Kemasukan pendatang asing ke Malaysia.Dari segi politik,mengancam keselamatan negara,warga asing dibayar dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi,keamanan negara terjejas akibat pergaduhan,menjejaskan hubungan diplomatik antara negara jiran,dan menjatuhkan nama baik di mata dunia.Dari segi Ekonomi,peningkatan masalah pengganguran rakyat Malaysia,pengaliran keluar wang dari Malaysia,penyeludupan keluar dan masuk barang-barang,pembocoran maklumat mengenai ekonomi negara,peluang pekerjaan dimonopoli oleh warga asing,peningkatan kadar jenayah,membawa penyakit berjangkit,dan perkahwinan yang tidak sah.
Masalah lambakan warga asing.Antaranya termasuklah,penubuhan agensi pengurusan warga asing bagi mencari strategi penambahbaikan,menguatkuasa akta perihal memperdagangkan manusia,kawalan ketat oleh pihak imigresan,mengeluarkan permit kerja yang sah,pembaharuan permit kerja setiap tahun,dan pemeriksaan doktor setiap tahun.Selain itu,penggunaan visa pekerja,kawalan dan pemeriksaan ketat di pelabuhan dan lapangan terbang,mengambil pekerja mengikut keperluan negara,pemeriksaan mengejut di premis yang berkaitan,memberkas ejen yang menjual dann membekalkan pasport palsu,dan penghantaraan balik pendatang tanpa izin ke negara asal.
Kemasukan pendatang asing ke negara kita adalah menghargai kekayaan dan kemajuan negara,merancang pengambilan buruh luar mengikut kepentingan,memilih tenaga buruh pakar dan profesional,tanggungjawab rakyat memajukan negara sendiri,kebanjiran pendagang asing mengakibatkan gejala sosial,dan penduduk tempatan kehilangan hak dan kepentingan.Selain itu,menjejaskan kestabilan negara,mengancam keharmonian rakyyat,bekerja keras membawa kemakmuran negara,mempercepatkan pembangunan,dan mengatasi kekurangan tenaga buruh.
Kesimpulannya,kekayaan sumber alam,kemakmuran ekonomi,dan kestabilan politik menarik minat kedatangan warga asing ke negara kita.Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan petempatan politik dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.Pihak pemerintah bertungkus lumus berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat dan negara.Setiap warganegara Malaysia harus mengamalkan konsep 1Malaysia agar perpaduan dna keharmonian negara sentiasa terjamin.Kita harus berganding bahu dan berusaha memajukan ekonomi supaya warga asing tidak menguasai ekonomi negara kita.
没有评论:
发表评论