Perkembangan Ekonomi
Masyarakat Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi tradisional.Seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak binatang,dan menangkap ikan.Kegiatan ekonomi mereka berbentuk sara diri.Pengeluaran dalam skala kecil serta menggunakan teknologi mudah.Modal yang digunakan adalah kecil.Penggunaan buruh terhad kepada ahli keluarga sahaja.Pasaran hasil keluaran adalah terhad.
Perkembangan perusahaan getah kerana perkembangan industri kereta di Eropah,dan meningkatkan permintaan ke atas getah.Peranan H.N Ridley terhadap penanaman getah.Beliau berusaha menyakinkan peladang untuk menanam getah.Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.Selain itu,perkembangan industri berasaskan getah.Contohnya,industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar basikal,dan alatan elektrik.Kemasukan pelaburan modal Eropah.Syarikat beribu pejabat di London membawa masuk modal melalui penubuhan wakil di Tanah Melayu.Contohnya,Harrisons dan Crosfield,Guthrie,dan Sime Darby.Dasar kerajaan British di Tanah Melayu terhadap penanaman getah.Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang getah.Memberikan 4%dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905.Mengecualikan cukai eksport selama 50 tahun.Kemudahan jalan raya dan jalan kereta api dan kemasukan pekerja asing.
Perkembangan perlombongan bijih timah : Pada peringkat awal,kawasan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh pembesar-pembesar tempatan.Perlombongan Cina terpaksa memperoleh kebenaran daripada pembesar Melayu untuk mengusahakan kawasan perlombongan.Semua hasil bijih yang dilombong akan dijual kepada pembesar Melayu.Harga bijih timah yang ditentukan oleh pembesar.Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan kawasan lombong mereka kepada saudagar Cina dari negeri-negeri Selat.Penglibatan pemodal Eropah pada abad ke-20,menjejaskan penguasaan pembesar Melayu terhadap industri perlombongan bijih timah.Pemodal Eropah mampu bersaing dengan pelombong Cina.Ini disebabkan mereka memiliki modal yang besar.Pengenalan teknologi kapal korek membolehkan mereka menguasai pengeluaran bijih timah pada abad ke-20.British mewujudkan beberapa undang-undang bertujuan mengukuhkan penguasaan mereka terhadap industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.Pengenalan kapal korek sebagai teknologi baharu dalam perlombongan bijih timah.
Hal-hal ini telah memberikan kesan terdahap masyarakat Melayu.Antaranya termasuklah ketinggalan daripada arus pemodenan,hidup dalam kemiskinan,mengekalkan orang Melayu sebagai penanam padi,terpaksa membayar pelbagai jenis cukai yang membebankan,dan bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.Selain itu,dibelanggu beban hutang,kehilangan tanah akibat tergadai untuk membayar hutang,terpaksa menjalankan kegiatan sara diri,tetap tinggal di luar bandar,dan tidak dapat menikmati kemuudahan awam seperti bekalan elektrik dan air bersih.Di samping itu,tidak mempunyai modal,kesukaran mendapatkan bantuan kewangan,tidak mendapat bantuan teknikal,hanya mendapat pendidikan asas,tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,dan tidak mampu bersaing dengan kaum lain.
Sikap masyarakat Melayu harus kita amalkan seperti rajin berusaha,berganding bahu dan bekerjasama,berusaha mengumpul modal,menguasai teknologi terkini,dan bertindak proaktif.Selain itu,kita haruslah bijak merebut peluang,berwawasan jauh,mempunyai perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas,mempunyai daya saing yang tinggi,dan memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita mestilah sentiasa memajukan diri dalam pelbagai bidang dan kemahiran,barani meneroka bidang baharu,tidak mementingkan diri sendiri,tidak mudah berputus asa,bertukar teknologi dengan negara lain,dan bersikap terbuka untuk menerima perubahan.
Bidang ekonomi ialah pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia.Projek kereta nasional,pembinaan Lebuh Raya Ekspress Utara-Selatan,pembinaan Koridor Raya Multimedia(MSC),pembukaan tanah baharu oleh FELDA,dan Malaysia menjadi pengeluar utama hasil komoditi seperti getah,kelapa sawit,dan koko.Pengenalan industrii berat dan penubuhan HICOM,pengenalan Pengangkutan Sistem Transit Ringan (LRT),perkhidmatan telekomunikasi seperti jalan lebar dan Bandar Pintar,dan penubuhan bank-bank tempatan seperti RHB Bank dan Public Bank.
Untuk menjadi negara perindustrian yang maju.Antaranya termasuklah masalan kekurangan modal,beergantung kepada dana asing,dana tempatan sukar diperolehi kerana syarat-syarat yang ketat,kekurangan tenaga buruh mahir,dan persaingan untuk mendapatkan buruh mahir antara firma-firma.Selain itu,tenaga buruh mahir berminat bekerja di luar negara kerana upah lebih tinggi serta peningkatan harga dan kos pengeluaran.Langkah untuk mengatasinya adalah menarik kedatangan pelabur asing dengan menawarkan pelbagai insentif,meningkatkan pasaran domestik dan antarabangsa,menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menyertai ekspo antarabangsa demi mempamerkan barangan buatan Malaysia.Selain itu,penyediaan tenaga buruh mahir dan menibuhkan institusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Institusi Kemahiran MARA.Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Kita perlulah memperlajari daripada hal-hal tersebut.Lebih giat berusaha,menjadi masyarakat produktif,mempunyai dasar ekonomi jangka panjang yang menguntungkan,memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran,dan bersikap terbuka menerima kemasukan teknologi baharu.Selain itu,kita haruslah berhati-hati dengan muslihat orang luar,tidak berputus asa jika menghadapi masalah,berdikari dan tidak bergantung kepada pihak lain,saling bekerjasama untuk memajukan ekonomi,dan mengelakkan permusuhan dan menjaga perpaduan.
Kesimpulannya,pada zaman penjajah,kebanyakan hasil keuntungan daripada kegiatan ekonomi dibawa pulang ke Britain.Masyarakat Melayu tidak mampu bersaing dengan pengusaha Eropah yang menguasai modal,tanah,dan teknologi.Faedah yang diterima oleh rakyat tempatan lebih merupakan tempias sahaja daripada keuntungan besar yang dikaut oleh pihak penjajah.Kini,dasar kerajaan menjamin rakyat tempatan mendapat faedah utama daripada dasar dan kegiatan ekonomi negara.Setiap rakyat harus berusaha dan berganding bahu untuk memberi sumbangan kepada kemajuan dan kemakmuran negara.
没有评论:
发表评论