2013年10月12日星期六

Kemasukan buruh luar ke Tanah Melayu

Kemasukan tenaga buruh asing ke Tanah Melayu

      Kepesatan pembangunan sektor pertanian dan perlombongan di Asia Tenggara.Mengalami kekurangan tenaga buruh tempatan.British membawa masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja.Buruh dari India dibawa masuk untuk bekerja di ladang getah.Tenaga buruh dari China bekerja di lombong bijih timah.Faktor kedatangan buruh dari China dan India ke Tanah Melayu.Faktor yang mendorong mereka untuk meninggalkan negara masing-masing adalah galakan kerajaan British dan tidak ditentang oleh orang Melayu.Wujud hubungan tradisi antara Tanah Melayu dengan India.

      Cara kemasukan buruh China ke Tanah Melayu ialah sistem tiket kredit.Bakal imigran dikumpulkan dari kampung oleh keh-thau.Ketua dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran.Imigran bari dikenali siri kheh.Diletakkan di bawah pengawasan nakhoda kapal atau agensi buruh yang telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran.Sin Kheh perlu membuat perjanjian secara lisan atau bertulis.Jawatan Pegawai Pelindung Buruh dari China diwujudkan di Tanah Melayu bagi mengawasi kemasukan buruh dan imigran dari China.Selain itu,melalui sistem pengambilan kakitangan.Majikan menghantar pegawainya ke China untuk mendapatkan tenaga buruh.Tambang dan perbelanjaan buruh dibiayai oleh majikan.Pegawai bertanggungjawab mengiringi burh sehingga sampai di tempat majikan.Seterusnay,melalui sistem pengambulan rumah kongsi.Pengambilan buruh dilakukan oleh pegawai di negara China yang dilantik oleh rumah kongsi.Pegawai membiayai perbelanjaan sehingga sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu.Tambahan pula,kemasukan imigran China di Sarawak.Bermula setelah persetujuan antara Ketua Foochow di Sibu,iaitu Wong Nai Siong dengan Charles Brooke.Seramai 570 orang imigran Foochow dibawa masuk ke Sarawwah untuk mengusahakan pertanian gambir dan lada hitam.

      Cara kemasukan buruh India ke Tanah Melayu ialah sistem buruh bebas.Buruh datang sendiri dengan biayaan masing-masing.Kedatangan diaturkan oleh orang atau kumpulan tertentu.Di Tanah Melayu,mereka bebas mimilih tempat dan pekerjaan.Selain itu,melalui sistem kontrak.Majikan membiayai tambang ke Tanah Melayu.Sebagai balasan,buruh akan bekerja dengan majikan untuk jangka masa tertentu.Bayaran minimum,antara 9 hingga 13 sen sehari.Berlaku penindasan terhadap buruh.Digantikan dengan sistem kangani dengan berkuatkuasanya Undang-undang Tabung Imigresen India.Seterusnya melalui sistem kangani.Kangani bermaksud ketua,tandil atau mundur.Kangani diberi kepercayaan majikan akan diberi lesen dan dihantar pulang ke India untuk mencari tenaga buruh.Kangani diberi wang pendahuluan buruh sehingga tiba di Tanah Melayu.Kangani seperti pengurus agensi membawa masuk pekerja asing.

      Kesan kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu.Antaranya termasuklah,pembentukan masyarakat berbilang kaum,penghijrahan buruh asing meningkatkan jumlah imigran dari China dan India,menyebabkan perbezaan lokasi petempatan,jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.Orang Melayu bertani tinggal di kawasan luar bandar.Orang India menjadi penoreh getah tinggal di kawasan estet.Orang Cina berniaga dan bekerja lombong tinggai di kawasa bandar.Bahasa pertuturan yang digunakan dan kerangka kehidupan sosial berbeza.Selain itu,sistem pendidikan vernakular merupakan sistem pendidikan menggunakan bahasa ibunda kaum masing-masing sebagai bahasa pengantar.Sistem vernakular Melyu merupakan pendidikan tertumpu kepada aspek membaca dan memahami al-Quran,mempelajari bahasa Arab,dan hukum-hukum agama.Sistem vernakular Tamil,iaitu sistem pendidikan masyarakat India.Disediakan oleh kerajaan British di kawasan bandar.Dibiayai oleh pengurus ladang di kawasan ladang.Sistem vernakular Cina,iaitu sistem pendidikan masyarakat Cina.Dibiayai oleh saudagar Cina.Dialek digunakan sebagai bahasa perantaraan.Guru,buku,dan sukatan pelajaran dari China.Enakmen Pendaftaran Sekolah (1920) diwartakan.Pendidikan vernakular Inggeris diusahakan oleh mubaligh Kristian dan badan sukarela.
     
      Malaysia merupakan negara yang berbilang kaum.Bagi mengekalkan keharmonian negara Malaysia,hotmat-menghormati antara satu sama lain,kunjung-mengunjungi semasa perayaan,membantu jiran dalam kecemasan ataupun semasa diperlukan,bersopan santun dan berbudi bahasa semasa bertutur,dan tidak mengejek atau mengeluarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan pihak lain.Selain itu,mengadakan rumah terbuka semasa perayaan,mencintai keamanan dan keharmonian,memelihara perpaduan,amanah dalam perhubungan,tidak menghasut sehingga menimbulkan pertelingkahan,dan tidak membincangkan hal-hal sensitif.Di samping itu,mematuhi peraturan dan undang-undang negara,menyertai program sempena hari kemerdekaan,menanam semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia,dan menanam sifat cintai bangsa Malaysia sejak kecil.Tambahan pula,mengibarkan bendera semasa hari merdeka,menyokong semua program yang dianjurkan oleh pihak kerajaan dan tidak terbabit dalam jenayah.

     Kemasukan pendatang asing ke Malaysia.Dari segi politik,mengancam keselamatan negara,warga asing dibayar dalam tunjuk perasaan dan demonstrasi,keamanan negara terjejas akibat pergaduhan,menjejaskan hubungan diplomatik antara negara jiran,dan menjatuhkan nama baik di mata dunia.Dari segi Ekonomi,peningkatan masalah pengganguran rakyat Malaysia,pengaliran keluar wang dari Malaysia,penyeludupan keluar dan masuk barang-barang,pembocoran maklumat mengenai ekonomi negara,peluang pekerjaan dimonopoli oleh warga asing,peningkatan kadar jenayah,membawa penyakit berjangkit,dan perkahwinan yang tidak sah.

      Masalah lambakan warga asing.Antaranya termasuklah,penubuhan agensi pengurusan warga asing bagi mencari strategi penambahbaikan,menguatkuasa akta perihal memperdagangkan manusia,kawalan ketat oleh pihak imigresan,mengeluarkan permit kerja yang sah,pembaharuan permit kerja setiap tahun,dan pemeriksaan doktor setiap tahun.Selain itu,penggunaan visa pekerja,kawalan dan pemeriksaan ketat di pelabuhan dan lapangan terbang,mengambil pekerja mengikut keperluan negara,pemeriksaan mengejut di premis yang berkaitan,memberkas ejen yang menjual dann membekalkan pasport palsu,dan penghantaraan balik pendatang tanpa izin ke negara asal.

       Kemasukan pendatang asing ke negara kita adalah menghargai kekayaan dan kemajuan negara,merancang pengambilan buruh luar mengikut kepentingan,memilih tenaga buruh pakar dan profesional,tanggungjawab rakyat memajukan negara sendiri,kebanjiran pendagang asing mengakibatkan gejala sosial,dan penduduk tempatan kehilangan hak dan kepentingan.Selain itu,menjejaskan kestabilan negara,mengancam keharmonian rakyyat,bekerja keras membawa kemakmuran negara,mempercepatkan pembangunan,dan mengatasi kekurangan tenaga buruh.

      Kesimpulannya,kekayaan sumber alam,kemakmuran ekonomi,dan kestabilan politik menarik minat kedatangan warga asing ke negara kita.Kewujudan masyarakat berbilang kaum menyebabkan petempatan politik dan jenis pekerjaan rakyat berbeza-beza mengikut kaum.Pihak pemerintah bertungkus lumus berusaha untuk menghapuskan perbezaan kaum mengikut fungsi ekonomi demi kesejahteraan dan perpaduan rakyat dan negara.Setiap warganegara Malaysia harus mengamalkan konsep 1Malaysia agar perpaduan dna keharmonian negara sentiasa terjamin.Kita harus berganding bahu dan berusaha memajukan ekonomi supaya warga asing tidak menguasai ekonomi negara kita.

Perkembangan ekonomi sebelum dan selepas kedatangan British

Perkembangan Ekonomi

      Masyarakat Melayu menjalankan pelbagai kegiatan ekonomi tradisional.Seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak binatang,dan menangkap ikan.Kegiatan ekonomi mereka berbentuk sara diri.Pengeluaran dalam skala kecil serta menggunakan teknologi mudah.Modal yang digunakan adalah kecil.Penggunaan buruh terhad kepada ahli keluarga sahaja.Pasaran hasil keluaran adalah terhad.

      Perkembangan perusahaan getah kerana perkembangan industri kereta di Eropah,dan meningkatkan permintaan ke atas getah.Peranan H.N Ridley terhadap penanaman getah.Beliau berusaha menyakinkan peladang untuk menanam getah.Beliau mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.Selain itu,perkembangan industri berasaskan getah.Contohnya,industri pembuatan barangan pengguna seperti kasut,tayar basikal,dan alatan elektrik.Kemasukan pelaburan modal Eropah.Syarikat beribu pejabat di London membawa masuk modal melalui penubuhan wakil di Tanah Melayu.Contohnya,Harrisons dan Crosfield,Guthrie,dan Sime Darby.Dasar kerajaan British di Tanah Melayu terhadap penanaman getah.Menyediakan kadar sewa tanah dan tarif yang rendah kepada peladang getah.Memberikan 4%dividen kepada syarikat pengusaha getah pada tahun 1905.Mengecualikan cukai eksport selama 50 tahun.Kemudahan jalan raya dan jalan kereta api dan kemasukan pekerja asing.

      Perkembangan perlombongan bijih timah : Pada peringkat awal,kawasan perlombongan bijih timah di Tanah Melayu dikuasai oleh pembesar-pembesar tempatan.Perlombongan Cina terpaksa memperoleh kebenaran daripada pembesar Melayu untuk mengusahakan kawasan perlombongan.Semua hasil bijih yang dilombong akan dijual kepada pembesar Melayu.Harga bijih timah yang ditentukan oleh pembesar.Terdapat pembesar Melayu yang memajakkan kawasan lombong mereka kepada saudagar Cina dari negeri-negeri Selat.Penglibatan pemodal Eropah pada abad ke-20,menjejaskan penguasaan pembesar Melayu terhadap industri perlombongan bijih timah.Pemodal Eropah mampu bersaing dengan pelombong Cina.Ini disebabkan mereka memiliki modal yang besar.Pengenalan teknologi kapal korek membolehkan mereka menguasai pengeluaran bijih timah pada abad ke-20.British mewujudkan beberapa undang-undang bertujuan mengukuhkan penguasaan mereka terhadap industri perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.Pengenalan kapal korek sebagai teknologi baharu dalam perlombongan bijih timah.

      Hal-hal ini telah memberikan kesan terdahap masyarakat Melayu.Antaranya termasuklah ketinggalan daripada arus pemodenan,hidup dalam kemiskinan,mengekalkan orang Melayu sebagai penanam padi,terpaksa membayar pelbagai jenis cukai yang membebankan,dan bergantung pada orang tengah untuk meminjam wang.Selain itu,dibelanggu beban hutang,kehilangan tanah akibat  tergadai untuk membayar hutang,terpaksa menjalankan kegiatan sara diri,tetap tinggal di luar bandar,dan tidak dapat menikmati kemuudahan awam seperti bekalan elektrik dan air bersih.Di samping itu,tidak mempunyai modal,kesukaran mendapatkan bantuan kewangan,tidak mendapat bantuan teknikal,hanya mendapat pendidikan asas,tidak berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi,dan tidak mampu bersaing dengan kaum lain.

      Sikap masyarakat Melayu harus kita amalkan seperti rajin berusaha,berganding bahu dan bekerjasama,berusaha mengumpul modal,menguasai teknologi terkini,dan bertindak proaktif.Selain itu,kita haruslah bijak merebut peluang,berwawasan jauh,mempunyai perancangan ekonomi jangka panjang yang jelas,mempunyai daya saing yang tinggi,dan memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan.Di samping itu,kita mestilah sentiasa memajukan diri dalam pelbagai bidang dan kemahiran,barani meneroka bidang baharu,tidak mementingkan diri sendiri,tidak mudah berputus asa,bertukar teknologi dengan negara lain,dan bersikap terbuka untuk menerima perubahan.

      Bidang ekonomi ialah pengeksport penyaman udara ketiga terbesar di dunia.Projek kereta nasional,pembinaan Lebuh Raya Ekspress Utara-Selatan,pembinaan Koridor Raya Multimedia(MSC),pembukaan tanah baharu oleh FELDA,dan Malaysia menjadi pengeluar utama hasil komoditi seperti getah,kelapa sawit,dan koko.Pengenalan industrii berat dan penubuhan HICOM,pengenalan Pengangkutan Sistem Transit Ringan (LRT),perkhidmatan telekomunikasi seperti jalan lebar dan Bandar Pintar,dan penubuhan bank-bank tempatan seperti RHB Bank dan Public Bank.

      Untuk menjadi negara perindustrian yang maju.Antaranya termasuklah masalan kekurangan modal,beergantung kepada dana asing,dana tempatan sukar diperolehi kerana syarat-syarat yang ketat,kekurangan tenaga buruh mahir,dan persaingan untuk mendapatkan buruh mahir antara firma-firma.Selain itu,tenaga buruh mahir berminat bekerja di luar negara kerana upah lebih tinggi serta peningkatan harga dan kos pengeluaran.Langkah untuk mengatasinya adalah menarik kedatangan pelabur asing dengan menawarkan pelbagai insentif,meningkatkan pasaran domestik dan antarabangsa,menghantar rombongan perdagangan ke luar negara untuk menyertai ekspo antarabangsa demi mempamerkan barangan buatan Malaysia.Selain itu,penyediaan tenaga buruh mahir dan menibuhkan institusi pengajian tinggi dan pusat latihan teknikal seperti Universiti Teknologi Malaysia dan Institusi Kemahiran MARA.Menjalankan penyelidikan dan pembangunan (R&D).

     Kita perlulah memperlajari daripada hal-hal tersebut.Lebih giat berusaha,menjadi masyarakat produktif,mempunyai dasar ekonomi jangka panjang yang menguntungkan,memperkayakan diri dengan ilmu dan kemahiran,dan bersikap terbuka menerima kemasukan teknologi baharu.Selain itu,kita haruslah berhati-hati dengan muslihat orang luar,tidak berputus asa jika menghadapi masalah,berdikari dan tidak bergantung kepada pihak lain,saling bekerjasama untuk memajukan ekonomi,dan mengelakkan permusuhan dan menjaga perpaduan.

      Kesimpulannya,pada zaman penjajah,kebanyakan hasil keuntungan daripada kegiatan ekonomi dibawa pulang ke Britain.Masyarakat Melayu tidak mampu bersaing dengan pengusaha Eropah yang menguasai modal,tanah,dan teknologi.Faedah yang diterima oleh rakyat tempatan lebih merupakan tempias sahaja daripada keuntungan besar yang dikaut oleh pihak penjajah.Kini,dasar kerajaan menjamin rakyat tempatan mendapat faedah utama daripada dasar dan kegiatan ekonomi negara.Setiap rakyat harus berusaha dan berganding bahu untuk memberi sumbangan kepada kemajuan dan kemakmuran negara.

Kesan terhadap ekonomi semasa penjajahan British

     EKONOMI TRADISIONAL DAN EKONOMI DAGANGAN

         Ekonomi tradisional adalah ekonomi berasaskan sara diri seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak binatang,dan menangkap ikan secara kecil-kecilan.Ekonomi dagangan adalah kegiatan pertanian atau perlombongan yang melibatkan lebihan pengeluaran pemasaran.Pengeluaran juga adalah dalam skala yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang besar,teknologi yang lebih tinggi dan pemasaran yang lebih luas.
 
      Pelbagai aktiviti ekonomi seperti melombong,bercucuk tanam,memungut hasil hutan,menternak binatang,menangkap ikan,dan mengusahakan tanaman sampingan.Pengeluaran dilakukan dalam skala yang kecil,menggunakan teknologi yang mudah,modal yang kecil,jumlah buruh yang terhad,dan pasaran yang kecil.Lebihan hasil digunakan semula oleh keluarga atau kumpulan masyarakat.Hasil lebih ditukar dengan barangan lain.Hasil yang lebih digunakan untuk kenduri-kendara,pembayaran zakat,sedekah atau hadiah.Ekonomi tradisional tiada pengkhususan kerja.Pembahagian kerja melibatkan perbezaan jantina dan umur.Ekonomi Dagangan bertujuan pemasaran atau eksport.Pengeluaran adalah dalam skala yang besar dengan menggunakan sumber tenaga buruh yang banyak dan modal yang besar,teknologi yang lebih tinggi dan pemasaran yang lebih luas.Contoh tanaman ialah getah,gambir,lada hitam,tebu,ubi kayu,kopi,tembakau,kelapa sawit,teh,dan kelapa.Mewujudkan dwiekonomi.Dasar pecah dan perintah.Melibatkan orang Barat,India,Cina,dan pemodal Eropah.Melantik H.N Ridley sebagai Pengarah Botanical Garden.Ridley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.Beliau juga memperkenalkan cara penorehan getah secara Ibedem.Melibatkan syarikat-syarikat perwakilan.Memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.Industri Perlombongan,Industri Kewangan,dan Industri Pertanian.

      Melantik H.N Ridley sebagai Pengarah Botanical GardenRidley berusaha menyakinkan para peladang untuk menanam getah dengan mengadakan pameran dan mengagihkan benih getah secara percuma.Beliau juga memperkenalkan cara penorehan getah secara  Ibedem.Melibatkan syarikat-syarikat perwakilan.Memberi galakan dan sokongan kepada pemodal asing.Memberi kadar seewa tanah.Memberi tarif cukai yang rendah.Cukai Eksport dikecualikan selama 50 tahun.Mmeperkenalkan rancangan sekatan Stevenson.Melaksanakan Rancangan Persatuan Getah Antarabangsa.Penyediaan modal.Teknologi kapal korek.Meluluskan enakmen untuk menguasai lombong.Menggalakkan kemasukan buruh luar.Mewujudkan jawatan pegawai perlindungan buruh.Memperkenalkan penggunaan mata wang asing.Menubuhkan institusi kewangan.

      Mengekalkan perpaduan kaum,kreatif dan inovatif,menambah tenaga mahir,menaik taraaf infrastruktur,memperkukuh pusat kewangan pesisir pantai.dan mewujudkan perdagangan bebas,memberikan bantuan modal,meluaskan pasaran,meluaskan dagangan dua hala,memperkasa wilayah pembangunan ekonomi,memperluas hubungan diplomatik,dan mengadakan pertukaran teknologi.Mempelopori penggunaan dinar emas dalam kalangan negara Islam,menjamin keamanan dan kedaulatan negara,memajukan pelancongan,dan perkongsian ilmu pengetahuan.

      Dari segi perindustrian : pembuatan otomobil,sektor perkilangan,dan industri elektronik.Dari segi pertanian : bioteknologi,pusat pengeluaran herba,dan pengeluaran komoditi dunia.Dari segi perlombongan : petrokimia dan cari gali minyak.Selain itu,dari segi pusat kewangan : pusat pengeluar makanan halal dunia,pusat tumpuan ekonomi dunia,dan sistem bank yang kukuh.Dari segi sistem pengangkutan dan perhubungan : industri perkapalan,pengangkutan tambah murah,dan perluasan penggunaan internet.Dari segi pelancongan : memelihara bandar warisan dunia.

      Cabaran wawasan 2020 adalah kekurangan modal,nilai mata wang turun naik,kejatuhan pasaran saham,pelabur berpindah ke negara lain,masih bergantung pada teknologi luar,persaingan dengan negara maju,dan tenaga kerja yang kurang mahir.Langkah untuk mengatasinya adalah menjadi hak pendidikan,pendidikan sepanjang hayat,penguasaan ICT,mendapat latihan di luar negara,R&D menghasil produk tinggi serta meneroka bidang baru,penggabungan bank,meningkatkan kualiti barangan,mencari pasaran baru,mengadakan promosi,e-dagang,dan konsep 1-Malaysia.

      Kesimpulannya,nilai-nilai yang diperoleh daripada perkembangan ekonomi negara ialah bersyukur,rajin,berusaha bersungguh-sungguh,berani bijak memanfaat peluang,kreatif serta inovatif,berdaya asing,jati diri yang tinggi,perpaduan kerjasama,kebijaksanaan pemimpin,dan berkemahiran.

2013年7月26日星期五

Sejarah 2

        Pada tahun 628 Masihi,orang Islam Madinah telah mengambil keputusan untuk mengadakan ziarah ke Makkah.Namun,disekat oleh orang Arab Quraisy yang merasakan maruah mereka tercabar.Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani pada tahun 628 M. bersamaan 6H.Antara pihak Islam dengan orang Arab Quraisy.Nabi Muhammad s.a.w. (Islam) dengan Suhail bin Amru (Quraisy).

      Rombongan orang Islam Madinag telah disekat oleh orang Arab Quraisy di Hudaibiyah.Orang Arab Quraisy merasakan maruah mereka tercabar.Bimbang dengan kekuatan orang Islam.Nabi Muhammad s.a.w. menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan.Menerangkan tujuan kedatangan orang Islam Madinah ke Makkah.Orang Arab Quraisy Makkah tidak menghiraukan hasrat orang Islam itu.Orang Islam mendengar khabar angin menyatakan Uthman bin Affan sebagai utusan.Mereka telah berikrar dan bersumpah taat setia yang dikenali sebagai “Baiah al-Ridwan” untuk membela kematian Uthman bin Affan.Orang Arab Quraisy bimbang dengan kata sepakat orang Islam.Mereka menghantar Suhail bin Amru untuk mengadakan rundingan.Termeterailah Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad s.a.w. dengan Suhail bin Amru.

      Bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun.Kabilah Arab lain bebas memihak sama ada kepada orang Islam Madinah atau orang Quraisy Makkah.Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya tidak perlu dipulangkan.Orang Islam Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan semula.Umat Islam hanya boleh mengerjakan umrah pada tahun berikutnya,iaitu 7 Hijrah.

      Membolehkan orang Islam memasuki kota Makkah dan menunaikan haji pada tahun berikutnya,iaitu tahun 629M.Orang Islam bebas beribadat di Kaabah pada bila-bila masa.Tempoh perdamaian digunakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusun program dakwah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab tanpa sebarang gangguan.Bilangan penganut Islam meningkat berlipat kali ganda.Melalui perjanjian ini,ramai tokoh Arab Quraisy memeluk Islam.Seperti Khalid al-Walid,Amru bin al- As,dan Uthman bin Talhah.Perjanjian Hudaibiyah menunjukkan orang Arab Quraisy mengiktiraf kewujudan kerajaan Islam Madinah.Sebelum ini,mereka langsung tidak mahu bekerjasama dengan orang Islam malah mencari jalan menentang Islam.Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin yang unggul.Baginda mengkaji secara menyeluruh,terperinci,dan berwawasan.Perjanjian Hudaibiyah menjadi perintis kea rah pembukaan semula kota Makkah pada tahu 630 Masihi.Apabila orang Arab Quraisy melanggar isi perjanjian pertama,iaitu gencatan senjata selama 10 tahun.Nabi Muhammad s.a.w. bertindak tegas dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah.

      Pihak Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah.Mereka tidak menghormati hak kebebasan yang tidak dipersetujui.Pihak Arab Quraisy melanggar syarat perjanjian gencatan senjata.Memberi bantuan ketenteraan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah.Mereka membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak dengan Islam.Strategi jangka panjang bagi meneruskan penyebaran Islam.Kedudukan kerajaan Islam di Madinah menjadi mantap.Jika Makkah dikuasai,kedudukan kerajaan Islam akan menjadi mantap.

      Menyediakan empat pasukan tentera.Taktik serangan melalui empat arah berlainan,iaitu utara,selatan,barat,dan barat daya.Mengepung orang Arab Quraisy dengan rapi.Menyediakan tentera seramai 10000 orang.Menanam semangat ketakwaan.Memupuk keyakinan tentera Islam.Mengumumkan kata-kata pengampunan kepada tawanan.Memberikan jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung.Pengislaman Abu Sufian dan al-Abbas menyebabkan orang Arab Quraisy turat memeluk Islam.Kepimpinan dan kepahlawanan Khalid al-Walid,Abu Ubaidah al-Jarrah,Saad Ubadah,Zubair al-Awwam.

      Kaabah terpelihara daripada unsure-unsur Jahiliah.Penyembahan berhala dihapuskan dan digantikan dengan Islam.Masyarakat Islam mula mendalami ilmu pengetahuan Islam.Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam.Menjadi tumpuan umat Islam dari seluruh dunia untuk melakukan ibadat.Membuktikan Madinah kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w.Membuka jalan penyebaran Islam ke seluruh Tanah Arab.Dakwah Islam tersebar secara aman.Mewujudkan pusat pemerintahan Islam yang kuat.Makkah dijadikan sebuah wilayah Islam.Sifat pemaaf baginda menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam.Baginda bertawaf sebanyak tujuh kali mengelilingi Kaabah.Baginda berpidato dengan menekankan kepentingan perpaduan kepada umat Islam.

      Bijaksana dalam membuat keputusan.Hormat-menghormati.Sabar/tidak putus asa.Berfikiran strategik.Berhemah dalam tindakan.Amanah/jujur dalam tanggungjawab.Suka membantu/tolong-menolong/sentiasa bekerjasama.Berwawasan.Mengamalkan sifat kepimpinan cemerlang.Mengamalkan musyawarah.Bertoleransi.Mementingkan keamanan.Mmeupuk perpaduan kaum.Bersifat pemaaf.Menekankan kemurnian akhlak.

      Berkongsi kuasa dalam politik.Kewujudan parti politik gabingan pelbagai kaum seperti Barisan nasional.Kemakmuran ekonomi dikongsi bersama.Dasar Ekonomi Baru yang memberi manfaat kepada semua kaum.Pembinaan sekolah wawasan.Pembinaan sekolah wawasan.Pengenalan Dasar Pembangunan Nasional.Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan.Amalan murni masyarakat seperti masyarakat prihatin dan penyayang tanpa mengira kaum dan agama.Pemberian bantuan kerajaan seperti BR1M dan Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) kepada seluruh rakyat tanpa mengira bangsan dan agama.Pengiktirafan terhadap kejayaan negara daripada pertubuhan antarabangsa seperti PBB dan OIC.

      Mengorbankan nyawa.Merosakkan harta benda.Meruntuhkan ekonomi.Membawa kesengsaraan hidup.Penderitaan fizikal dan mental.Membantutkan pendidikan.Menggugat keamanan.Memusnahkan alam sekitar.Menjejaskan kestabilan negara.Memusnahkan kediaman.
   
      Cinta akan negara.Mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara.Taat kepada pemimpin.Jati diri yang kuat.Mencintai bahasa kebangsaan.Kepatuhan kepada undang-undang.Berpegang teguh kepada agama.Berfikiran terbuka.Bersemangat kekitaan.Bersikap kepemimpinan cemerlang.Memelihara kestabilan negara.Kesetiaan kepada negara.Berbaik dengan semua pihak.Mengekalkan keamanan.Sanggup menerima perubahan untuk kebaikan.

      Islam menganjurkan perdamaian dan kata sepakat.Perjanjian Hudaibiyah melambangkan ketokohan Nabi Muhammad s.a.w.sebagai pemimpin unggul dan dikagumi.Sikap tidak pernah menyerah kalah untuk meneruskan perjuangan harus ditanam dalam jiwa setiap warganegara Malaysia.Kita hendaklah mengelakkan peperangan dan mementingkan keharmonian dan keamanan.Sebagai warganegara Malaysia,kita haruslah berbaik sangka dengan kaum lain dan berusaha mengekalkan perpaduan demi kemajuan negara.

Sejarah Tingkatan 4

      Madinah bererti bandar bercahaya.Dikenali dengan nama Yathrib.Terletak di wilayah Hijaz.Terletak di utara Makkah dan merupakan pusat perdagangan.Kedudukannya strategik.Terletak di tengah-tengah perjalanan antara Makkah dan Syam.Terdapat tiga golongan penduduk,iaitu Nasrani,Yahudi,dan Arab.Golongan Arab terdiri daripada suku Aus dan Khazraj.Golongan Yahudi terdiri daripada Bani Quraizah,Bani Qunaiqa’ ,dan Bani Nadhir.Suasana kehidupan di Madinah kurang aman kerana pergeseran suku Arab dan penguasaan ekonomi oleh orang Yahudi.Ditadbir oleh kerajaan Arab Saudi.

      Berpindah.Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.Perpindahan orang Islam dari kota Makkah ke Madinah.Memperkukuh kedudukan Islam.Strategi menyebarkan Islam.Perjuangan untuk menegakkan kebenaran dan meninggalkan keburukan serta kejahatan.Semangat ingin berubah.Perubahan sikap.Perubahan cara berfikir.Perubahan tingkah laku.

      Perintah Allah menerusi wahyu.Allah menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah memerintahkan baginda supaya berhijrah.Jemputan masyarakat Arab Madinah.Satu strategi bukan kekecewaan penyebaran Meneruskan penyebaran Islam.Memudahkan lagi penyampaian dakwah Islamiah.Mendamaikan masyarakat Madinah.

      Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan dengan aman dan tanpa berselindung.Mendamaikan suku Arab di Madinah yang sering persaudaraan.Melahirkan semangat persaudaraan sesame Islam.Orang Islam Makkah yang berhijrah itu tidak berasa asing atau rendah diri.Nabi Muhammad s.a.w. memberikan gelaran Muhajirin kepada orang Islam Makkah yang berhijrah ke Madinah manakala orang Islam Madinah yang member bantuan kepada Muhajirin digelar Ansar.Menyatukan golongan orang Islam Makkah dan orang Islam Madinah.Menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku,budaya,dan agama.Mengekalkan dan meningkatkan kesejahteraan dan kemakmuran yang sedang dinikmati.Nabi Muhammad s.a.w. membina sebuah lagi masjid,iaitu Masjid al-Nabawi.Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam..Nabi Muhammad s.a.w. menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam.Agama Islam menjadi cara hidup yang merangkumi semua bidang.Melahirkan masyarakat cemerlang. Menunjukkan sikap toleransi kaum dan tolong-menolong.Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhamad s.a.w.Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi. Memperlihatkan wanita beperanan menggerakkan kemajuan negara. Kewujudan negara Islam pertama bagi mempertahankan Islam dan Madinah dariapda Quraish.

      Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai pemimpin di Madinah.Perdana Menteri dipilih melalui sistem pilihanraya.Nabi Muhammad s.a.w adalah sebagai hakim yang menyelesaikan masalah yang timbul antara orang Islam dengan orang bukan Islam.Di Malaysia,hakim adalah orang yang dilantik Yang Dipertuan Agong.Perlembagaan Madinah dibentuk sebelum pembentukan Madinah.Perlembagaan Malaysia dibentuk sebelum merdeka.Perlembagaan Madinah,masyarakat Madinah bebas mengamalkan agama masing-masing.Perlembagaan Malaysia turut memberikan konsep kebebasan beragama.Perlembagaan Malaysia menetapkan agama Islam sebagai agama rasmi.Perlembagaan Madinah,masyarakat Madinah dianggap sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yangsama terhadap negara.Perlembagaan Malaysia menetapkan warganegara Malaysiasebagai rakyat negara Malaysia.Masyarakat Madinah tidak boleh bermusuhan sesame sendiri.Masyarakat Malaysia digalakkan bersatu padu dan bekerjasama.Piagam Madinah undang-undnag Islam digunapakai secara menyeluruh tetapi peraturan kekeluargaan di dalam sesuatu kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam.Di Malaysia,undang-undang sivil menjadi teras tetapi undang-undang syariah juga digunakan untuk orang-orang Islam.Kerjasama antara masyarakat Madinah dituntut demimemajukan ekonomi negara.Kerjasama antara masyarakat Malaysia juga turut dituntut memajukan ekonomi Negara.Di Madinah,unsur penipuan dan riba dihapuskan dalamsistem perniagaan.Di Malaysia,rakyat diberi pilihan mengamalkan system ekonomi yang bebas riba.Semua anggota masyarakat dikehendaki mempertahankan Madinah daripada ancaman luar.Semua rakyat Malaysia dikehendaki bekerjasama mempertahankan negara daripada ancaman luar(RELA,Wataniah).Keselamatan orang bukan Islam ( khususnya Yahudi)terjamin selagi mereka mematuhi perlembagaan Madinah.Keselamatan warganegara dan warga asing yang berada.

       Mengukuhkan perpaduan rakyat,merealisasikan Wawasan 2020,merealsasikan Falsafah Pendidikan Negara,meningkatkan mutu pendidikan,MBMBI,menghayati Rukun Negara,menghayati Perlembagaan Malaysia,pendidikan sepanjang hayat,mengukuhkan jati diri,menerapkan integrity,memperkasakan sekolah wawasan,Program Latihan Khidmat Negara (PLKN),menghormati agama lain,dan menjadikan minda rakyat kelas pertama.Penubuhan Yayasan 1 Malaysia dan Klinik 1 Malaysia.

      Kestabilan politik,kemajuan pendidikan,kebebasan beragama,kebebasan mengamalkan kebudayaan pelbagai kaum,keselamatan negara terjamin,ekonomi berkembang pesat,tumpuan pelabur asing,tiada perperangan,industri pelancongan berkembang maju,sistem pengangkutan dan perhubungan diperluas,tiada rusuhan kaum.

      Masalah perpaduan,persaingan ekonomi dunia,kekurangan tenaga mahir,masalah kemiskinan,ancaman dadah,penyalahgunaan laman sesawang,kemasukan orang asing,ancaman liberalisme Barat, dan keruntuhan akhlak.Memperkukuhkan perpaduan rakyat,meningkatkan kerjasama,mengamalkan toleransi,hormat-menghormati,dan menjayakan konsep 1Malaysia.


      Memanfaatkan kurniaan Tuhan,mengekalkan tradisi,berani menghadapi cabaran,bersatu padu,bekerjasama,hormat-menghormati,toleransi,jati diri,berdaya saing,berani mempertahankan Negara,menghormati lambing Negara,dan bangga sebagai rakyat Malaysia.

      Hijrah berlaku kerana jemputan penduduk Madinah,Jemputan orang Madinah termeterai melalui perjanjian.Peranjian Aqabah Kedua.Orang Islam diberikan tempat tinggal.Orang Islam dijamin keselamatan.Orang Madinah menyatakan persediaan mempertahankan Islam.Orang Islam diterima dengan rela.Ketibaan Orang Islam disambut dengan meriah.Nabi Muhammad s.a.w. dilantik menjadi pemimpin Madinah.Nabi Muhammad s.a.w. diterima oleh semua masyarakat Madinah.Nabi Muhammad s.a.w. dilantik sebagai hakim.

      Politik.Nabi Muhammad s.a.w. menjadi ketua negara.Nabi Muhammas s.a.w. juga menjadi ketua hakim.Amalan musyawarah.Perundangan.Undang-undang Islam diguna secara menyeluruh.Peraturan kekeluargaan diamalkan.Hukuman adil dan saksama.Ekonomi.Diskriminasi tidak dibenarkan.Riba,penipuan,dan penindasan ditegah.Agama.Kebebasan beragama.Menghormati sesama agama.Sikap buruk sangka dalam beragama dilarang.Tidak ada paksaan memeluk Islam.Sosial.Penduduk Madinah sebagai ummah.Hidup bersatu padu,tolong-menolong,dan bekerjasama.Jauhi perasaan mementingkan diri.Tidak boleh bertelagah atau bermusuhan.Pertahanan.Tanggungjawab semua penduduk.Kedudukan Yahudi.Diakui sebagai rakyat Madinah.Hak yang sama dengan orang lain.Boleh tinggal di Madinah.Menikmati kebebasan/keselamatan.Kedudukan terpelihara dan terjamin selagi patuh kepada Piagam Madinah.

      Mengamalkan kebebasan beragama.Mewujudkan keadilan sosial.Membentuk masyarakat bersatu.Mewujudkan keadilan ekonomi.Tanggungjawab bersama mempertahankan negara.Kebebasan mengamalkan bahasa dan budaya.Mewujudkan kestabilan politik.Mengamalkan musyawarah dan demokrasi.Membentuk sistem perundangan yang adil.Rakyat dianggap sebagai satu ummah.Menghormati pemimpin.Menjamin hak asasi manusia.Memberi layanan yang adil kepada semua kaum.Mengekalkan keamanan negara.Mengukuhkan sistem pertahanan.

      Memupuk perpaduan kaum.Menjamin kebebasan beragama.Menjamin kebebasan mengamalkan bahasa ibunda.Menjamin kebebasan berbudaya/mengamalkan adat resam.Memberi peluang sama rata dalam ekonomi.Menjamin kebebasan bersuara.Menjamin kebebasan politik.Memastikan keamanan/keselamatan negara.Menggariskan peluang pendidikan sama rata.Memastikan undang-undang yang adil untuk semua.

      Meneruskan Dasar Ekonomi Baru/Dasar Pembangunan Nasional.Menjayakan konsep 1Malaysia.Memperkasakan sistem sekolah kebangsaan.Memperkukuh Dasar Kebudayaan Kebangsaan.Menjunjung perlembagaan negara.Berpegang teguh kepada Rukun Negara.Mentaati raja dan pemimpin.Menghormati lambang-lambang negara.Mengamalkan sikap keterbukaan/bertolak ansur.Saling hormat-menghormati antara kaum.

      Bijaksana.Kemurnian akhlak.Kesabaran.Berwawasan.Berjiwa besar.Kecekalan.Tekun berusaha.Sanggup berkorban.Ketabahan.Keadilan.

      Hijrah mempunyai nilai yang besar kepada tamadun masyarakat Arab pada masa itu dan masyarakat Islam pada hari ini.Kesabaran,kebijaksanaan,dan kemurnian akhlak Nabi Muhammad s.a.w. menjadi kunci kejayaan pembentukan kerajaan Islam Madinah.Prinsip dan nilai murni yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. menjadi pedoman kepada generasi muda hari ini yang bakal mewarisi kepimpinan negara.Pembentukan Piagam Madinah menunjukkan betapa luasnya pandangan Nabi Muhammad s.a.w. yang mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa dan penganut pelbagai agama dalam sebuah negara demi mewujudkan perpaduan dan persefahaman.Kita harus mencontohi nilai-nilai yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dalam penggubalan Piagam Madinah yang membolehkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat berkekalan.